Thursday 11 April 2013

Kisah Seram UUM (2)

sekadar gambar hiasan


p/s: Kisah ni bukan kisah aku sendiri.
Tapi kisah yang diceritakan oleh salah seorang
pelajar UUM jugak.
Jom kita layan cerita ni. Zasssssss..




Time tu aku balik awal masa cuti semester sebab 
ada terlibat ngan aktiviti kampus,
jadi dalam 30 orang kitaorg pun balik seminggu awal.
Mujurlah roomate aku pun join aktiviti tu
jadi kitaorg dapat duduk sebilik.
Takdelah sunyi sangat sebab berdua dahla
dok bilik paling atas dan wing paling hujung kat blok.

Waktu siang memang takde masalah sebab busy
ngan macam-macam aktiviti berkumpulan dan meriah
walaupun kebanyakan kawasan kampus masih lagi sunyi.
Lagipun kitaorg berkumpul di Dewan MAS
join bebudak kolej-kolej lain.
Disebabkan jadual aktiviti padat,
dalam pukul 1 pagi baru settle
dan dapat balik bilik utk tidor.

Aku pun lalai sikit, penat sangat,
lepas mandi terus baring kat katil,
maklumlah keletihan tak sempat baca doa, ayat kursi,
letak kepala kat bantal terus terlelap.
Roomate aku lak time tu masih kat toilet.
Tengah tido sedap2 tetiba aku terjaga
sebab rasa badan lemah kena himpit.
Aku tidur mengiring menghadap dinding
jadi aku tak nampak apa yang dok tepi katil aku.
Tapi serius memang lemah,
lesu dan kaku badan aku tak boleh bergerak.
Walaupun lampu padam cuma biar lampu meja menyala,
aku tetap rasa seram sejuk
dan rasa ada "makhluk" berdiri sebelah katil aku. 

Paling ngeri aku sampai rasa kepala aku ditekan ke bantal,
siap boleh rasa mcm kuku tajam dok cengkam kulit kepala aku.
Time tu cuma boleh ingat Allah je.
Lidah kelu dan suara nak sebut Allah pun tak keluar.
Aku rasa sesak dan panik gak mula-mula.
Tapi aku cuba lawan berkali-kali
gerakkan badan dan cuba jerit-jerit
"Allahua Akbar" berkali-kali.
Sekali dalam 5 minit berhempas pulas
baru suara aku terkeluar macam jerit
bertakbir bergema satu bilik.
Lepas tu baru aku dapat kekuatan bangun
dari katil dengan berpeluh-peluh..
Aku tengok kat cermin kulit kepala aku
sebab takut ada kesan cakaran
atau luka dek cengkaman "makhluk" tu.
Alhamdulilah takde. Aku terus pergi toilet lepas tu.

Roomate aku yang masih tengah gosok gigi
ngan basuh muka terpingga-pingga
tengok aku dengan pucat lesi dan berpeluh
tetiba ambik wuduk.
Dia siap tanya "eh, tadi bukan kau dah lena tido ke?".

Aku pun tak mau cerita panjang cakap
ngan dia "ada benda ikut kita balik ni".
Dia pun terus berubah air muka.
Jadi kitaorg berdua terus amik wuduk balik bilik
baca ayat-ayat suci dan aku pun
buat adab tidor sempurna, ayat kursi,
bacaan Surah Al-Ahad, Al-Kafirun dan An-Nas.
Pastu pasang mp3 Al-Quran sampai pagi.
Lampu bilik semua biar pasang sampai siang.
Alhamdulilah takde gangguan lagi.

Pagi tu baru aku cerita kat roomate kisah
yang sebenarnya jadi kat dia.
Dia pun baru buka cerita time kitaorg
balik lepas perbincangan kumpulan malam kelmarin,
dia pun rasa tak sedap hati masa lalu
kat bangunan blok sebelah yang kosong,
dia ada sekaan-akan nampak macam kat beranda
tu ada kelibat lembaga putih rambut mengerbang.
Dia abaikan je tak mau cerita pada kitaorg
lain sebab tak mau ramai panik.
Tak tau plak yang lembaga tu kot yang ikut kitaorg balik. 

Tapi serius memang itu pengalaman aku sendiri
alami yang paling seram kat UUM
sepanjang belajar sana 3 tahun.
Banyak gak cerita seram lain, tapi ini memang
aku alami sendiri
Entah apa kategori makhluk yang kacau
kitorg malam tu aku pun tak tahu.
Pontianak, Langsuir? Yang pasti memang mengerikan
dan mujurlah aku cuma
rasa cengkaman kuku jer bukannya
jelmaan muka makhluk tu. Nauzubillah...

No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...