Thursday 11 April 2013

Kisah Seram UUM

Hello Guys! 

Kali ni aku nak update pasal kisah seram kat UUM.

AMARAN! IBU MENGANDUNG TIDAK DIBENARKAN BACA KISAH INI DIKHUATIRI AKAN MENDATANGKAN LEMAH SEMANGAT DAN TIDAK ELOK UNTUK PERTUMBUHAN BAYI! (hehehehehe :p memandai kau je nadiah!)

Okaylah, kita start cerita ye :)

KISAH 1



alkisah bermula
aku dok sana matrik 93-95,
degree 95-98. .
crita ni tIme aKU final year proton tahun '97
sorang mmber aku ni budak ganu, ,
tiket bas dia lambat sikit datenya..
so..terpaksa lah dok kat kolej 2-3 hari. lepas exam..

biasa lah time tue sikit je student2 yg ada kt blok2 kolej.
mlm before dya nk blik
mmber aku ni ajak lah sorang kawan teman.

borak-borak punya borak.
last2 tertidur..

then, ttiba mmber aku terjaga
dia tidur mnghadap dinding time tu.
yg herannya. lmpu meja study terbuka..
padahal dh tutup sebelum tu..

then aku dengar buku diselak dgn kuat
dan semakin lama semakin cpt..
mmber aku tnya la kotkot kwn dya tgh belek majalah ke,
tapi takde jwpn.

panik dah,,
tpi xberani nk beralih..
ttiba trdengar mcm org brulang -alik
dari tingkap ke pintu.
makin lama makin laju..
berpeluh sangat dah mmber aku ni.

last dia terasa mcm ada bnda dtg tido rpt
dgn dya smpai terasa kt blkg bdn..
mmber aku kata time tu punya la lencun berpeluh..
mulut pulak terkumat-kamit baca surah dan ayt2 al-quran yg mana ingt..
nk beralih tkut trpengsan pulak nnti..

lastly mcm mna pulak dia boleh tertido gak
tgh takot mcm tu pon.

terjaga keesokan pagi..
terus dia g bilik member.
yg teman dia semalam..
 member dia ckp yg dia dah balik bilik..
bila tgk mmbe aku ni dah tidur..

start dari sem depan,dia dah tak berani nk tidur sorang..



KISAH 2

first tIme sem 1...
masa masuk uum..
tu kejadian yg aku kena sendiri..
first aku gi toilet dlm pukul 2pg something..
air kat sinki tu terbuka sendiri..

yg kedua pulak..
tgh asyik borak-borak dgn senior..
ramai-ramai kt situ..smpai pkol 4 lebih..
tetiba dgr ada org ketuk pintu bilik kuat2
bila buka on the spot takde org pon,dan takde org yg berlari pon,,
senior ckp..biasa lah tu nk bgurau..

kali ketiga..
waktu sem dah nak abes, tengah kalut buat assaignment,
roomate keluar jap hisap rokok..
aku nampak ada kelibat lembaga terbang depan tingkat bilik aku aras 2.

dekat kolej bank rakyat pulak.
kt blok perempuan,,dekat je ngn rumah pngetua
ni ada kelibat berjalan atas bumbung rumah,,
time tu aku tgh bercakap ngn tepon,,
tak ingat da pukul bapa..malam lpas sem,,



KISAH 3

Cerita seram kat UUM Sintok ada banyak. Tak tahu pulak sama ada ianya benar atau tidak. 

Cerita ni diceritakan oleh seorang Cikgu Matrik. Cerita ni berlaku di Kolej Perempuan. Ada sorang budak tinggal dengan roomatenya. Kehidupan mereka seperti biasa tanpa ada sebarang syak wasangka dan juga benda pelik berlaku.

Sehinggalah pada suatu hari apabila budak tersebut balik ke bilik. Semasa dia hendak tidur, dia minta roomatenya menutup suiz lampu. Dengan selamba roomatenya menjulurkan tangannya yang memanjang seperti Plastic Man dan terus menekan suiz lampu. Bila melihatkan perkara ini, budak tu terus lari keluar dari bilik. 

Bila diceritakan kepada orang lain, mereka bergegas ke biliknya dan didapati dia hanya tinggal seorang tanpa roomate kerana katil dan almari sebelahnya kosong. Keesokannya bila dibuat pertanyaan di Pejabat Kolej, mereka dapati tiada nama yang disebutkannya tinggal dalam bilik tersebut malah nama tersebut tidak pernah wujud. Rupanya sudah satu semester dia tinggal dengan hantu (jin).

Lepas tu Cikgu berpesan kalau boleh nanti bila balik ke bilik cuba check roomate betul-betul sama ada orang betul atau hantu. Setelah dicheck didapati peristiwa ini tak berulang lagi kerana kebanyakan roomate ialah orang betul. HAHAHA.


KISAH 4
cerita nie berlaku semasa aku semester 6 kt uum..seperti biasa kalAU hari minggu aku dan member2 seangkatan duk sembang n tengok citer smpai pagi. tp malam kejadian tue lain sket..kitorang duk la layan daun terup. saja suka2. sedar tak sedar dah pukul 2 a.m..perut pun dh lapar..so aku ngan mamat sorang nie pegi la amik mineral kt tingkat ground floor nak buat magie. entah mcm mana...aku terbau wangi mlm tue..kalau tak salah aku bunga yg org tanam kat kubur. aku tnya mamat nie..kot2 aku sorang jer yg bau..dia pun terbau gak..peghhh..wangi giler...apalagi..kitorang cabut la...dh la aku duk tingkat 2..lepas tue...kitorang berenti main..masing duk cerita pengalaman..baru la aku teringat cerita mak cik cleaner yg slalu dok bersih blok asrama yg aku duduk tue..sorang budak india dh terserempak ngan hantu pompuan bawak anak..kejadian tue berlaku bebetul kat tmpt aku amik air mineral..untuk pengetahuan korang...kejadian tue berlaku kat asrama uum..nama asrama tue dirahsiakan...



KISAH 5
Satu peristiwa telah menggemparkan asrama uum..kes bunuh diri pelajar pompuan. masa tue aku on the way nak pegi mall..nampak la keter ngan landrover polis..aku ingt budak suksis polis buat latihan..aku buat dont know jer la.balik dari mall..baru la aku tau ada kes bunuh diri. malam tue...Lepas balik semayang isyak kt masjid..angin kuat giler..aku ingt nak ujan...tp bila pndang atas..cahaya bulan terang benderang..malam tue sumer penghuni asrama aku tido awal...dh mcm  takder org...keesokannya baru la aku tau ader budak kena ggu mlm tue..nama asrama dirahsiakan..


KISAH 6
Aku dulu pun budak UUM gak, Kolej Pernas(TRADEWINDS) gak hehe..

Tapi pasal bas berhantu yang keliling kampus malam-malam buta tu memang urband legend yang sangat famous

Dengar ceritanya, bas tu sangat buruk, tidak berlampu, akan lalu dalam 2-3pagi. Paling kerap cerita ni keluar bila time nak final exam sebab ramai yang study sampai lepas lewat tengah malam. Dengar deruan enjin bas yang ala-ala rosak dan asap bas tapi bila jenguk tak nampak apa-apa. Tapi pernah satu kes, ada budak pernah nampak tapi ngeri sebab bas antik macam zaman sebelum Merdeka.  

Yelah kalau ikut logik mana plak bas UUM lalu pukul 2-3pagi?
Pastu kalau bas ekspress/bas tambahan cuma masuk waktu cuti sem atau raya jer. Entah jelmaan bas apa lah tu masih jadi misteri...

p/s: Admin dah tanya pakcik bas. Pakcik bas kata, perkhidmatan bas dalam UUM tamat pukul 11mlm. Kalau bas Mara Liner, tamat pukul 9mlm.







3 comments:

  1. Salam kak. Kisah 5 pasal bunuh diri tu kat kolej tm kan? Jelmaan dia dah selalu dok kacau orang..blok f

    ReplyDelete
  2. Salam kak. Kisah 5 pasal bunuh diri tu kat kolej tm kan? Jelmaan dia dah selalu dok kacau orang..blok f

    ReplyDelete
  3. ada grup citer seram tak???? tolong addd
    ni no ‭+60 13 711 7157‬

    ReplyDelete

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...