Thursday 11 April 2013

10 Tanda Cinta Semakin Hambar


sekadar gambar hiasan

1.Apabila si dia semakin kurang menelefon dengan alasan busy busy dan busy

2.Apabila si dia semakin susah nak reply text dari kita. Jika dulu secepat kilat mereka reply dan sekarang mengambil masa hampir sejam baru nak reply, kadang kala hanya dipandang sepi tanpa balasan.

3.Bergurau dengan kita dengan gurauan kasar dan menyakitkan hati kita

4.Susah untuk melihat dia bergurau senda dengan kita seperti dulu-dulu.

5.Sering kali dia mencari kesalahan kita walau dari dulu dia tahu itu adalah kelemahan kita sedari azali.

6.Apabila kita luahkan rasa sayang dia hanya menjawab ‘erm..’ tanpa niat membalas kata-kata kita.

7. Kita saja yang sentiasa teruja dalam melakukan aktiviti bersama sedangkan dia sentiasa buat muka dan boring sepanjang ada bersama.

8.Dia acuh tak acuh apabila ditanya dan selalu mengelamun apabila kita berbual bersamanya.

9.Seringkali dia membiarkan soalan-soalan kita yang bersifat peribadi tergantung begitu saja tanpa dia membalasnya

10.Dia sudah  tidak berminat mengulas atau berbincang tentang hubungan kalian

No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...