Thursday 11 April 2013

Our Pictures :)




Apa Itu Luka EPISIOTOMI?





MENJAGA LUKA EPISIOTOMI

Sekiranya anda mengalami kelahiran normal, kemungkinan besar anda mempunyai luka episiotomi.

Untuk memastikan luka anda pulih dengan baik, cuba amalkan tip-tip ini:

1-Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.

2-Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis.

3-Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.

4-Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.

5-Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.

6-Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.

7-Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.

8-Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakan sekiranya luka anda teruk.

9-Sitz bath. Amalkan sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.

10-Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.

11-Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.

12-Jangan percaya pada mitos. Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.



STARBUCKS HARAM?

Hanya ingin dikongsikan bersama para pembaca:


P/S: Jadi, kepada sesiapa yang suka makan STARBUCKS tu, hentikan lah ye. Banyak lagi makanan HALAL yang lain :) Renung-renungkan dan selamat beramal ^_^

Kisah Seram UUM (2)

sekadar gambar hiasan


p/s: Kisah ni bukan kisah aku sendiri.
Tapi kisah yang diceritakan oleh salah seorang
pelajar UUM jugak.
Jom kita layan cerita ni. Zasssssss..




Time tu aku balik awal masa cuti semester sebab 
ada terlibat ngan aktiviti kampus,
jadi dalam 30 orang kitaorg pun balik seminggu awal.
Mujurlah roomate aku pun join aktiviti tu
jadi kitaorg dapat duduk sebilik.
Takdelah sunyi sangat sebab berdua dahla
dok bilik paling atas dan wing paling hujung kat blok.

Waktu siang memang takde masalah sebab busy
ngan macam-macam aktiviti berkumpulan dan meriah
walaupun kebanyakan kawasan kampus masih lagi sunyi.
Lagipun kitaorg berkumpul di Dewan MAS
join bebudak kolej-kolej lain.
Disebabkan jadual aktiviti padat,
dalam pukul 1 pagi baru settle
dan dapat balik bilik utk tidor.

Aku pun lalai sikit, penat sangat,
lepas mandi terus baring kat katil,
maklumlah keletihan tak sempat baca doa, ayat kursi,
letak kepala kat bantal terus terlelap.
Roomate aku lak time tu masih kat toilet.
Tengah tido sedap2 tetiba aku terjaga
sebab rasa badan lemah kena himpit.
Aku tidur mengiring menghadap dinding
jadi aku tak nampak apa yang dok tepi katil aku.
Tapi serius memang lemah,
lesu dan kaku badan aku tak boleh bergerak.
Walaupun lampu padam cuma biar lampu meja menyala,
aku tetap rasa seram sejuk
dan rasa ada "makhluk" berdiri sebelah katil aku. 

Paling ngeri aku sampai rasa kepala aku ditekan ke bantal,
siap boleh rasa mcm kuku tajam dok cengkam kulit kepala aku.
Time tu cuma boleh ingat Allah je.
Lidah kelu dan suara nak sebut Allah pun tak keluar.
Aku rasa sesak dan panik gak mula-mula.
Tapi aku cuba lawan berkali-kali
gerakkan badan dan cuba jerit-jerit
"Allahua Akbar" berkali-kali.
Sekali dalam 5 minit berhempas pulas
baru suara aku terkeluar macam jerit
bertakbir bergema satu bilik.
Lepas tu baru aku dapat kekuatan bangun
dari katil dengan berpeluh-peluh..
Aku tengok kat cermin kulit kepala aku
sebab takut ada kesan cakaran
atau luka dek cengkaman "makhluk" tu.
Alhamdulilah takde. Aku terus pergi toilet lepas tu.

Roomate aku yang masih tengah gosok gigi
ngan basuh muka terpingga-pingga
tengok aku dengan pucat lesi dan berpeluh
tetiba ambik wuduk.
Dia siap tanya "eh, tadi bukan kau dah lena tido ke?".

Aku pun tak mau cerita panjang cakap
ngan dia "ada benda ikut kita balik ni".
Dia pun terus berubah air muka.
Jadi kitaorg berdua terus amik wuduk balik bilik
baca ayat-ayat suci dan aku pun
buat adab tidor sempurna, ayat kursi,
bacaan Surah Al-Ahad, Al-Kafirun dan An-Nas.
Pastu pasang mp3 Al-Quran sampai pagi.
Lampu bilik semua biar pasang sampai siang.
Alhamdulilah takde gangguan lagi.

Pagi tu baru aku cerita kat roomate kisah
yang sebenarnya jadi kat dia.
Dia pun baru buka cerita time kitaorg
balik lepas perbincangan kumpulan malam kelmarin,
dia pun rasa tak sedap hati masa lalu
kat bangunan blok sebelah yang kosong,
dia ada sekaan-akan nampak macam kat beranda
tu ada kelibat lembaga putih rambut mengerbang.
Dia abaikan je tak mau cerita pada kitaorg
lain sebab tak mau ramai panik.
Tak tau plak yang lembaga tu kot yang ikut kitaorg balik. 

Tapi serius memang itu pengalaman aku sendiri
alami yang paling seram kat UUM
sepanjang belajar sana 3 tahun.
Banyak gak cerita seram lain, tapi ini memang
aku alami sendiri
Entah apa kategori makhluk yang kacau
kitorg malam tu aku pun tak tahu.
Pontianak, Langsuir? Yang pasti memang mengerikan
dan mujurlah aku cuma
rasa cengkaman kuku jer bukannya
jelmaan muka makhluk tu. Nauzubillah...

Kisah Seram UUM

Hello Guys! 

Kali ni aku nak update pasal kisah seram kat UUM.

AMARAN! IBU MENGANDUNG TIDAK DIBENARKAN BACA KISAH INI DIKHUATIRI AKAN MENDATANGKAN LEMAH SEMANGAT DAN TIDAK ELOK UNTUK PERTUMBUHAN BAYI! (hehehehehe :p memandai kau je nadiah!)

Okaylah, kita start cerita ye :)

KISAH 1



alkisah bermula
aku dok sana matrik 93-95,
degree 95-98. .
crita ni tIme aKU final year proton tahun '97
sorang mmber aku ni budak ganu, ,
tiket bas dia lambat sikit datenya..
so..terpaksa lah dok kat kolej 2-3 hari. lepas exam..

biasa lah time tue sikit je student2 yg ada kt blok2 kolej.
mlm before dya nk blik
mmber aku ni ajak lah sorang kawan teman.

borak-borak punya borak.
last2 tertidur..

then, ttiba mmber aku terjaga
dia tidur mnghadap dinding time tu.
yg herannya. lmpu meja study terbuka..
padahal dh tutup sebelum tu..

then aku dengar buku diselak dgn kuat
dan semakin lama semakin cpt..
mmber aku tnya la kotkot kwn dya tgh belek majalah ke,
tapi takde jwpn.

panik dah,,
tpi xberani nk beralih..
ttiba trdengar mcm org brulang -alik
dari tingkap ke pintu.
makin lama makin laju..
berpeluh sangat dah mmber aku ni.

last dia terasa mcm ada bnda dtg tido rpt
dgn dya smpai terasa kt blkg bdn..
mmber aku kata time tu punya la lencun berpeluh..
mulut pulak terkumat-kamit baca surah dan ayt2 al-quran yg mana ingt..
nk beralih tkut trpengsan pulak nnti..

lastly mcm mna pulak dia boleh tertido gak
tgh takot mcm tu pon.

terjaga keesokan pagi..
terus dia g bilik member.
yg teman dia semalam..
 member dia ckp yg dia dah balik bilik..
bila tgk mmbe aku ni dah tidur..

start dari sem depan,dia dah tak berani nk tidur sorang..



KISAH 2

first tIme sem 1...
masa masuk uum..
tu kejadian yg aku kena sendiri..
first aku gi toilet dlm pukul 2pg something..
air kat sinki tu terbuka sendiri..

yg kedua pulak..
tgh asyik borak-borak dgn senior..
ramai-ramai kt situ..smpai pkol 4 lebih..
tetiba dgr ada org ketuk pintu bilik kuat2
bila buka on the spot takde org pon,dan takde org yg berlari pon,,
senior ckp..biasa lah tu nk bgurau..

kali ketiga..
waktu sem dah nak abes, tengah kalut buat assaignment,
roomate keluar jap hisap rokok..
aku nampak ada kelibat lembaga terbang depan tingkat bilik aku aras 2.

dekat kolej bank rakyat pulak.
kt blok perempuan,,dekat je ngn rumah pngetua
ni ada kelibat berjalan atas bumbung rumah,,
time tu aku tgh bercakap ngn tepon,,
tak ingat da pukul bapa..malam lpas sem,,



KISAH 3

Cerita seram kat UUM Sintok ada banyak. Tak tahu pulak sama ada ianya benar atau tidak. 

Cerita ni diceritakan oleh seorang Cikgu Matrik. Cerita ni berlaku di Kolej Perempuan. Ada sorang budak tinggal dengan roomatenya. Kehidupan mereka seperti biasa tanpa ada sebarang syak wasangka dan juga benda pelik berlaku.

Sehinggalah pada suatu hari apabila budak tersebut balik ke bilik. Semasa dia hendak tidur, dia minta roomatenya menutup suiz lampu. Dengan selamba roomatenya menjulurkan tangannya yang memanjang seperti Plastic Man dan terus menekan suiz lampu. Bila melihatkan perkara ini, budak tu terus lari keluar dari bilik. 

Bila diceritakan kepada orang lain, mereka bergegas ke biliknya dan didapati dia hanya tinggal seorang tanpa roomate kerana katil dan almari sebelahnya kosong. Keesokannya bila dibuat pertanyaan di Pejabat Kolej, mereka dapati tiada nama yang disebutkannya tinggal dalam bilik tersebut malah nama tersebut tidak pernah wujud. Rupanya sudah satu semester dia tinggal dengan hantu (jin).

Lepas tu Cikgu berpesan kalau boleh nanti bila balik ke bilik cuba check roomate betul-betul sama ada orang betul atau hantu. Setelah dicheck didapati peristiwa ini tak berulang lagi kerana kebanyakan roomate ialah orang betul. HAHAHA.


KISAH 4
cerita nie berlaku semasa aku semester 6 kt uum..seperti biasa kalAU hari minggu aku dan member2 seangkatan duk sembang n tengok citer smpai pagi. tp malam kejadian tue lain sket..kitorang duk la layan daun terup. saja suka2. sedar tak sedar dah pukul 2 a.m..perut pun dh lapar..so aku ngan mamat sorang nie pegi la amik mineral kt tingkat ground floor nak buat magie. entah mcm mana...aku terbau wangi mlm tue..kalau tak salah aku bunga yg org tanam kat kubur. aku tnya mamat nie..kot2 aku sorang jer yg bau..dia pun terbau gak..peghhh..wangi giler...apalagi..kitorang cabut la...dh la aku duk tingkat 2..lepas tue...kitorang berenti main..masing duk cerita pengalaman..baru la aku teringat cerita mak cik cleaner yg slalu dok bersih blok asrama yg aku duduk tue..sorang budak india dh terserempak ngan hantu pompuan bawak anak..kejadian tue berlaku bebetul kat tmpt aku amik air mineral..untuk pengetahuan korang...kejadian tue berlaku kat asrama uum..nama asrama tue dirahsiakan...



KISAH 5
Satu peristiwa telah menggemparkan asrama uum..kes bunuh diri pelajar pompuan. masa tue aku on the way nak pegi mall..nampak la keter ngan landrover polis..aku ingt budak suksis polis buat latihan..aku buat dont know jer la.balik dari mall..baru la aku tau ada kes bunuh diri. malam tue...Lepas balik semayang isyak kt masjid..angin kuat giler..aku ingt nak ujan...tp bila pndang atas..cahaya bulan terang benderang..malam tue sumer penghuni asrama aku tido awal...dh mcm  takder org...keesokannya baru la aku tau ader budak kena ggu mlm tue..nama asrama dirahsiakan..


KISAH 6
Aku dulu pun budak UUM gak, Kolej Pernas(TRADEWINDS) gak hehe..

Tapi pasal bas berhantu yang keliling kampus malam-malam buta tu memang urband legend yang sangat famous

Dengar ceritanya, bas tu sangat buruk, tidak berlampu, akan lalu dalam 2-3pagi. Paling kerap cerita ni keluar bila time nak final exam sebab ramai yang study sampai lepas lewat tengah malam. Dengar deruan enjin bas yang ala-ala rosak dan asap bas tapi bila jenguk tak nampak apa-apa. Tapi pernah satu kes, ada budak pernah nampak tapi ngeri sebab bas antik macam zaman sebelum Merdeka.  

Yelah kalau ikut logik mana plak bas UUM lalu pukul 2-3pagi?
Pastu kalau bas ekspress/bas tambahan cuma masuk waktu cuti sem atau raya jer. Entah jelmaan bas apa lah tu masih jadi misteri...

p/s: Admin dah tanya pakcik bas. Pakcik bas kata, perkhidmatan bas dalam UUM tamat pukul 11mlm. Kalau bas Mara Liner, tamat pukul 9mlm.







Follow My Blog Guys :D

Hye people out there! Follow my blog please :)

cikmuizz.blogspot.com



10 Perkara Yang Lelaki Suka Terhadap Wanita


Zain Hakimi & Ersalina Imani
-sekadar gambar hiasan-

1.Tubuh menarik bagi wanita yang memiliki tubuh menarik gaya model jagalah  tubuh kalian kerana apabila kamu semakin montel agak susah kamu untuk menarik perhatian lelaki. Walau ada lelaki sukakan wanita bertubuh besar namun ramai yang lebih tertarik pada yang bertubuh cantik tinggi dan langsing persis model.

2.Sentiasa tersenyum saat berbicara- Berbica dan diselangi dengan senyuman manis bisa buat jejaka tertarik hati. Tapi jaga-jaga jangan terlebih senyuman sampaikan anda dianggap kurang siuman.

3.Lemah-lembut-perwatakan lemah lembut gaya wanita melayu terakhir bisa mencairkan hati lelaki. Tapi AWAS kerana lelaki tak suka wanita yang gedik dan mengada-ngada. Lemah lembut dan gedik adalah berbeza tau.

4.Matang-Lelaki tidak suka wanita yang keanak-anakan. Wanita perlu matang dalam percakapan dan tindakannya.

5.Beri sedikit kebebasan-Berilah sedikit kebebasan kepada pasangan agar dia tak rasa dirinya terkongkong. Sesekali jika dia mahu keluar minum bersama rakan-rakan tak salah  jika kamu membenarkan kerana lelaki juga perlu berkawan dan berbual bersama kawan lelaki dia.

6.Belajar memasak-Wanita akan kelihatan ‘cacat’ jika tidak tahu memasak. Walau lelaki tak kisah untuk makan di luar jika pasangannya tak boleh memasak tapi jika wanita pandai memasak itu lebih memberi kredit buat wanita itu.

7.Pendengar setia- Lelaki memerlukan seorang pendengar setia dalam hidup mereka. Jadilah sahabat dan pendengar setia kepada si dia. Walau tak mampu membantu dan memberi nasihat namun mendengar saja sudah cukup membuat dia menghargai kamu

8.Jangan suka mendesak-jika mahukan sesuatu jangan sesekali suka mendesak. Lelaki paling benci wanita yang mendesak. Jangan mendesak mahukan dia meminang jika dia tidak bersedia. Jangan mendesak agar dia membelikan sesuatu yang mahal andai dia tidak mampu, dan jangan mendesak dia itu ini sehingga dia bosan terhadap kamu

9.Jangan mengungkit-Masing-masing ada sejarah silap. Jangan kerap mengungkit kisah silap dia atau kesalahannnya sehingga dia menjadi tawar hati dan benci terhadap kamu.

10.Pandai membelai-Walau lelaki nampak kasar namun sesekali dia mahu dirinya dibelai oleh insan tersayang.

10 Tanda Lelaki Itu Setia


sekadar gambar hiasan

1.Apabila menyintai sepenuh hati dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara untuk kekasihnya dengan rela dan bukannya terpaksa. Andai dia tidak menyintai dan tidak setia mustahil dia mahu melakukannya.

2.Dia kadang kala mengongkong kamu kerana cemburu dan ingin kamu terus menjadi milik dia selamanya

3.Dia sentiasa berusaha menghiburkan kamu hanya kerana ingin melihat kamu bahagia dan gembira bersamanya

4.Dia tidak senang andai ada lelaki yang mendekati kekasihnya

5.Dia kadang kala minta dimanja dan sering merajuk minta dimanja dan diberi perhatian. Segalanya kamu dalam hidupnya kini.

6.Dia sentiasa memastikan keselamatan kamu

7.Dia tidak akan memuji dan terpukau dengan wanita lain selain kamu dan kamu selamanya

8.Dia sentiasa memastikan kamu berada di depannya dalam erti kata lain sentiasa di hatinya

9.Dia sentiasa mahu menjadi kebanggaan kamu. Sentiasa berusaha tampil hebat di depan kamu

10.Dia akan mati akal jika muncul pihak ke tiga merebut kasih kamu. Dia akan memastikan kamu tetap menjadi miliknya

10 Tanda Cinta Semakin Hambar


sekadar gambar hiasan

1.Apabila si dia semakin kurang menelefon dengan alasan busy busy dan busy

2.Apabila si dia semakin susah nak reply text dari kita. Jika dulu secepat kilat mereka reply dan sekarang mengambil masa hampir sejam baru nak reply, kadang kala hanya dipandang sepi tanpa balasan.

3.Bergurau dengan kita dengan gurauan kasar dan menyakitkan hati kita

4.Susah untuk melihat dia bergurau senda dengan kita seperti dulu-dulu.

5.Sering kali dia mencari kesalahan kita walau dari dulu dia tahu itu adalah kelemahan kita sedari azali.

6.Apabila kita luahkan rasa sayang dia hanya menjawab ‘erm..’ tanpa niat membalas kata-kata kita.

7. Kita saja yang sentiasa teruja dalam melakukan aktiviti bersama sedangkan dia sentiasa buat muka dan boring sepanjang ada bersama.

8.Dia acuh tak acuh apabila ditanya dan selalu mengelamun apabila kita berbual bersamanya.

9.Seringkali dia membiarkan soalan-soalan kita yang bersifat peribadi tergantung begitu saja tanpa dia membalasnya

10.Dia sudah  tidak berminat mengulas atau berbincang tentang hubungan kalian

Wednesday 10 April 2013

Skincare :)

Assalamualaikum & hai :)

Which skincare is better for my skin? Actually, dah banyak experiment yang aku buat kat muka ni. Since i was 13teen aku dah pakai pencuci muka. It's too early right? But, itulah aku. Hehehe. 

Aku sebenarnya tgh mencari-cari skincare untuk dipakai lama. Aku dah malas dah nak tukar-tukar skincare ni. Buang tenaga , buang duit, buang masa. Haihh.. Tapi itulah kenyataan nye kalau kita jadi seorang perempuan, sentiasa mahukan penampilan yang cantik kerana itulah aset untuk diri kita sendiri.


Meh sini aku bagitahu skincare mana yang aku dah try selama 8 tahun ni.


Okay, mula-mula masuk asrama form1 tu, aku terjebak ngn kwn-kwn aku la. Tgk diorg sume ada pencuci muka, aku pun nk try la. So aku pakai pencuci muka Shurah 1 set. Lotion pun aku pakai. Tapi aku tak pakai lama sebab bila gi sekolah je nanti kawan-kawan kata aku pakai makeup sebab muka aku nampak putih sangat. Hmm..




Lepas tu, aku nak tukar skincare lain, sebab malu kawan-kawan tegur mcm tu. Padahal aku tak pakai makeup pun. Just pakai krim dia n bedak baby je. Aku cari punye care kat mall tu, pastu ada org cina promoter ni promote kat aku pencuci muka Gervenne. Aku pun terpengaruh n beli laa. Aku beli pencuci muka, toner, n moisturizer. Tp, gambar yg aku ada pencuci muka je. Hehe.


Aku pakai skincare ni sampai awal form5. Kulit aku mmg okay, takde jerawat langsung putih. Bila aku senyum, kawan-kawan aku kata nampak berkilat. Haha. Pastu oneday tu, pencuci muka n moisturizer aku dah abes. Aku g la mall nak beli, tp dah takde! Promoter tu kata moisturizer dah tak dtg stok dah. Yg ada pencuci muka je. Haih, punah harapan aku. Aku ni pulak kalau dah ada pencuci muka. mesti kena ada 1 set ngn kim bagai. Hmm, aku pun try la Safi Balqis Perfect 10! Oklah jugak. Aku pakai sampai matrik.


Okay jugak pakai ni. Takde masalah. Cuma aku bosan. Sebab banyak sangat nak kene pakai. Aku nak simple je. Makin lama aku pakai, muka aku macam makin kusam pulak. Pastu aku tukar lagi. Masuk U, aku pakai Tia Amelia. 


Bila aku dah pakai skincare ni, Wahh! Berjaya. Muka nampak cerah je Takde dah masalah kusam. Tapi, tia amelia ni kan ada krim kunyit. Aku yg takde jerawat langsung ni. pakai jela. Pastu lama-lama aku pakai, jerawat naik. Kadang-kadang 2, 3. Lebih-lebih lagi masa bulan mengambang. Hmm sabar jela. Dah lama-lama tu, parut jerawat makin banyak pulak. Dengar pulak cerita Tia Amelia ni ada hydroquinon. Aku stop la. Kakak ipar aku pun dulu pakai , tapi dah berhenti. Dia kata kalau nak stop, stop slow-slow jangan mengejut. Aku ni degil. Terus stop. Pakai pencuci lain. Macam-macam aku try tak berjaya. Muka kembali kusam :( Lepas tu kan, aku terjebak dengan HERBALIFE. Haaaa, mmg okay. Hahaha. Alhamdulillah.

Aku pakai HERBALIFE ni sebab upline aku rekemen kan. Kulit dia mmg cantik. Mcm amoi. Aku rasa aku pakai tia amelia dulu kulit aku dah banyak kene hakis, so inilah waktunya untuk aku merawat kulit aku balik. 

Yang ni untuk kulit normal to oily. Cleanser, Toner, and Moisturizer.

Yang ni mask. Kiri tu Moisture Mask. And sebelah kanan tu Clarifying Mask.

Aku selalu jugak la apply kat muka bila balik cuti kat rumah. Hmm.. Tujuan aku nak merawat sikit-sikit parut jerawat aku. Clarifying Mask untuk tarik jerawat keluar. Moisture Mask untuk menganjalkan kulit.

Yang kiri sekali Daily Scrub Radiant C. Tengah-tengah tu Daily Skin Booster Radiant C. Kanan sekali Face Quencher (spray muka). 

Sepanjang aku pakai semua skincare Herbalife ni mmg memuaskan. Cuma parut-parut jerawat aku susah nak hilang. Banyak pulak tu. Tapi kecik-kecik je. Kalau tutup ngn bedak tak nampak lah.

Tapii sekarang aku dah stop pakai skincare ni sebab Cleanser dia dah habes. Hahaha. Sekarang aku dok usha-usha blog A Walk To Remember. Pengasas Everlynn Skincare. Pengasas dia mempunyai kulit yang begitu flawless, cantik sangat, even dah kahwin beranak kembar. Testimoni pun cukup memberangsangkan. InsyaAllah esok barang pos sampai. Dah seminggu aku tak pakai apa-apa pun kat muka sebab aku nak tukar skincare baru. Aku beli 1 set trial for normal skin ni hanya RM120 sahaja. Boleh lah tgk kat Fb: Everlynn Skincare Dealer Putrajaya.


Nanti bila dah try Everlynn skincare ni aku update lagi kesan lepas pakai produk ni yaa.. ^_^

Listen! Listen! Listen! : Kalau nak tukar sebarang pencuci muka or skincare tu, kenalah berhenti dari memakai sebarang cleanser n skincare selama 7 HARI! 

M.K.N

Assalamualaikum.

Sapa tu Mohamad Khairul Naim? Haaaa, ini lah dia! Jeng jeng jeng...




Hm , okay. I was taken to him since kat matrik lagi. 19 Ogos 2011. Honestly, tak sangka dapat U sama. Sekarang dua-dua belaja kat UUM. 

'Kos korang sama tak?' Okay, mula-mula tak sama. Tapi dia mintak tukar kos sama. Sebab apa? Sebab dia ni pun minat business. 'Korang sama kelas ke?' Oh, no no! Kitorang tak sama kelas pun. Hihihi. 

Okaylah. Just want to introduce his self. Bubbye! 


Tuesday 9 April 2013

Twitter

Hai Hai Hai! 



Korang tahu tak ni logo apa? Hehe. Tajuk kali ni TWITTER! Kenapa twitter ye? Takda tajuk lain ke? Eh, sukahati aku lah! Kau susah apa? Haha. Ok ok. Sebenarnya aku baru buat twitter. Teringin nak ada akaun twitter jugak. Lagipun aku boring duduk rumah taktahu nak buat apa cuti-cuti ni. Yela, 1 buku pun tak bawak balik. (Sebab cikgu kata enjoy ur holiday) Hehe.

So everyone, yang kenal aku tu, meh la follow my twitter: PutehSuci :D



HERBALIFE

Hello everyone!^_^


Hari ni aku nak post entry pasal HERBALIFE! Mesti korang dah kenal apa itu herbalife kan? hmm.. selain dari student, aku pun buat herbalife jugak. Tapi takde lah full time. Just slow-slow je. Bagi kawan-kawan aku yang nak beli dengan aku, aku coach la diorg. Okay, herbalife ni sebenarnya adalah makanan kesihatan untuk kita semua. Yang berfungsi untuk:


1) Menurunkan berat badan
2) Menaikkan berat badan
3) Mengekalkan berat badan


Herbalife terdiri daripada F1, F3, Teamix, Aloe, Calcium Plus, NW Formula, Omega, dan banyak lagi. Selain itu, herbalife terdiri juga daripada produk untuk luaran juga. Seperti, syampoo rambut, conditioner, losyen badan, pencuci muka, mask, face quencher (untuk menyegar muka tu) dan banyak lagi. Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh tanya aku. hihi.


ni makanan kesihatan



ni herbalife skincare


Okay, aku mula terlibat dalam herbalife ni melalui sorang kawan aku ni. Sekarang dia upline aku. 1st time aku dengar dia bercerita pasal ni, aku terus beli produk ni. Aku beli F1, perisa chocolate. Sebab apa aku beli??? Sebab aku nak turunkan berat badan aku laa.. Time tu nak raya dah. Mestilah nak nampak vogue kan? Hahahahaha. Perasan!
Nak dijadikan cerita, masa tu berat aku 50kg. Masa kat matrik dulu aku banyak makan. Yela hati senang kan, haha. 

Hmm, balik rumah aku keje part-time kat kedai kasut. Tp tak turun-turun jugak. Maintain jela banyak tu. Lepas aku makan F1 ni, aku baru perasan diri aku makin bertenaga dari dulu. Aku buat keje kat kedai bertenaga je walaupun bulan puasa.

Lepas tu raya. Masa hari raya jumpa sedara-mara semua kata, 'asal kau nampak kurus nadiah?' 'eh, kurus kau sekarang' macam-macam lagilah. Aku senyum je. Aku tak perasan pun perubahan aku masa tu. Esok tu, kat rumah. aku timbang berat, nak tahu berapa? 45kg!! Wahh, patutlah diorang kata aku kurus. Padahal masa bertandang kat rumah orang, aku makan banyak. Seriously aku cakap, aku makan banyak! Yela raya kan. Ada lemang, ayam rendang, ketupat semua tu aku makan. Malam pun aku makan. Tapi aku dapat rasa berat aku tak naik-naik. Macam liat je nak naik. Hmm.

Bulan September 2012 tahun lepas. aku masuk UUM. Nak dijadikan cerita, jumpalah dengan boyfriend aku yang dah lama tak jumpa ni. Sebab kenal kat matrik dulu. Tak sangka pulak dapat satu U sekali. Hehe. Jodoh kuat agaknya :p 1st time jumpa lepas 5bulan cuti tu, dia pun terkejut tengok aku. Dia kata aku kurus sangat dari dulu. Pipi pun dah tak bam-bam macam kat matrik dulu. Aku kata la, aku busy keje kat sana. Hmm tulah ceritanya.

So, for everyone yang nak tahu pasal herbalife lebih detail lg, boleh komen di bawah yaa.. PEACE =D

Sebelum HERBALIFE

Selepas HERBALIFE 

Monday 8 April 2013

Tentang Diri Aku

ASSALAMUALAIKUM again.. hihi.. (jawab, tak jawab dosa) :p

Okay, post yang kali ke-2 ni aku nak bercerita pasal diri aku. Hmm, nama ku diberi NOR NADIAH MUIZZ BINTI RAZALI oleh mama & baba ku. Dilahirkan pada tanggal (tanggan 51, bulan lapan, 57) Cewwaahhh! nyanyi lagu sudirman pulak ye? hehe. okay, straight to the point. Aku dilahirkan pada 04 Januari 1993 di Selangor dan sudah menetap di Selangor selama 20tahun! Wahhh, tua tak? tua tak? hehe, muda je lagi sebenarnya. 

ni bendera selangor ku, visit la selangor, hihi..

After SPM, aku study dekat Kolej Matrikulasi Perlis (KMP). Tau tak kat mana? Aiyoooo, kat Perlis lah, dah nama pun perlis. Ok, kat Arau. hehe.        

After Matrik, aku dapat tawaran dalam pengambilan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dekat UTARA jugak, iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), sebuah Universiti Pengurusan Terkemuka! Kata orang putih,The Eminent Management of University! Phewwiitt.. huhuhu..


Hm, now i'm in second semester. Tak sangka dah second semester sebenarnya. Pejam celik, pejam celik, dah senior. Wahh kelas kau nadiah, nak tittle SENIOR jehhh! Cett, nak tua cepat ke kak? hahaha. Okay, tak lawak pun, abaikan. Biasalah dah subuh-subuh mcm ni, otak tak betul sikit kan. Hmm , okay. sampai sini jelah post aku kali ni. Sapa yang sudi membaca tu THANX A LOT! Bubbyeeee.. ^_^

Welcome To Blogger :)

Assalamualaikum everyone @ Hai :)


Sekarang jarum jam dah menunjukkan jam 4:40pg tapi mata aku still takleh tido. Aku pun taktahu kenapa lately ni aku sering tido lewat. Hmm.. Okay, aku sebenarnya baru buat blog. Hehe. Tetibe teringin nak ada blog sendiri. Tengah ada mood rajin ni kan. huhu. Okay, yg post ni aku nak cite pasal aku dah buat blog baru jee.. hihi.. after a few minutes i will publish my latest post yeahhh.. byezzzzz...



Anda juga mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...